Home Hiburan FATTAH AMIN TAMPIL PERTAHAN DIRI, YAKIN TINDAKAN BETUL

FATTAH AMIN TAMPIL PERTAHAN DIRI, YAKIN TINDAKAN BETUL

69
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin tampil mempertahankan tindakannya susulan dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Aktor berusia 36 tahun itu berkata, dia yakin setiap keputusan yang dibuat adalah berasas dan berada di landasan betul.

“Zaman sekarang memang mudah timbul fitnah. Orang boleh berkata apa sahaja, tetapi Allah Maha Melihat. Apa yang saya lakukan, saya tahu ia benda betul.

“Jika ada perkara yang saya tidak lakukan tetapi direka-reka, itu antara individu berkenaan dengan Allah.

“Apa yang penting, saya yakin tindakan yang diambil adalah betul dan bersebab,” katanya menerusi sesi siaran langsung yang tular, malam tadi.

Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah membuat andaian atau mempercayai maklumat tidak sahih yang berlegar di media sosial.

“Jangan kita berfikir atau berkata perkara yang bukan-bukan. Seperti yang sedang tular di media sosial, saya tidak akan bercakap atau melakukan perkara yang tidak baik,” katanya.

Menurutnya, sebarang kenyataan yang bukan datang daripadanya tidak wajar disandarkan kepadanya, malah boleh menjurus kepada fitnah.

“Jika sesuatu kenyataan itu bukan daripada mulut saya, bermakna ia datang daripada pihak lain. Jika ia tidak benar, individu terbabit perlu bertanggungjawab di akhirat,” tegasnya.

Pada sesi sama, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik buat saya, keluarga dan pasukan saya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

“Insya-Allah, saya yakin apa yang saya lakukan adalah betul. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk semua,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here