Home Segmen Kesihatan ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN

ELAKKAN DENGGI DI MUSIM PERAYAAN

116
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Musim perayaan seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan, namun risiko demam denggi juga perlu diberi perhatian.

Berdasarkan info menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, orang ramai disarankan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan denggi, chikungunya dan zika.

Antara langkah utama yang perlu dilakukan ialah memastikan tiada bekas yang boleh menakung air di dalam dan sekitar rumah.

Semua bekas simpanan air perlu ditutup rapat serta gunakan ubat pembunuh jentik-jentik bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya menutup anggota badan yang terdedah terutama ketika waktu puncak gigitan nyamuk Aedes iaitu antara jam 5 pagi hingga 8 pagi serta 5 petang hingga 8 malam.

Penggunaan pakaian berwarna cerah dan penghalau nyamuk (repelan) juga digalakkan bagi mengurangkan risiko gigitan.

Bagi mereka yang pulang bercuti, semburan aerosol di dalam rumah sebelum masuk juga disarankan bagi membunuh nyamuk dewasa yang mungkin bersembunyi.

Antara lokasi yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk termasuk di bawah pelapik pasu bunga, pasu bunga yang terbiar dan palung air hujan.

Oleh itu, pastikan kawasan ini sentiasa bersih dan bebas daripada air bertakung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here