Home Hiburan AHMAD ASLAM, MARISSA HADIR DI MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PENGESAHAN LAFAZ CERAI, RUJUK

AHMAD ASLAM, MARISSA HADIR DI MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PENGESAHAN LAFAZ CERAI, RUJUK

132
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pasangan pempengaruh, iaitu Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Muhammad Ammar Yaser berkata, Ahmad Aslam atau nama penuh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

“Ahmad Aslam tidak memfailkan perceraian, sebaliknya. prosiding pada hari ini hanyalah pengesahan bagi lafaz cerai dan sudah ada lafaz rujuk.

“Jadi, sama ada lafaz itu sah atau tidak, kita kena tunggu keputusan Hakim Syarie, Nadia Khamis, hari in.

“Tujuan prosiding pada hari ini juga adalah untuk mengetahui status sebenar sama ada pasangan itu masih masih lagi suami atau isteri yang sah atau tidak” katanya ditemui pada prosiding lafaz cerai dan rujuk pasangan itu, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pasangan itu masih sebumbung, Muhammad Ammar Yaser memberitahu beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

Bagaimanapun , beliau mengakui menasihatkan kedua-dua pihak untuk menjaga hubungan perkahwinan yang sewajarnya, seperti mana diajar dalam al-Quran, iaitu Sakinah, Mawaddah dan Wa Rahmah.

Muhammad Ammar Yaser berkata, isu perceraian dan rujuk pasangan itu juga sedikit rumit berikutan Ahmad Aslam dan Marissa masih belum memperoleh sijil nikah kerana berkahwin di Thailand.

Sehingga kini, katanya, proses pendaftaran pernikahan di Malaysia masih belum selesai.

“Cuma untuk makluman semua, apabila kita bernikah di Thailand, ini yang kita kena hadapi. Untuk failkan apa-apa kes selepas daripada pengesahan nikah mesti dapatkan sijil pernikahan.

“Bagi mendapatkan sijil pernikahan ada beberapa perkara yang diperlukan, antaranya, mesti selesai proses pendakwaan dan penguatkuasaan,” katanya.

Muhammad Ammar Yaser turut menasihat mana-mana pasangan yang ingin bernikah supaya terus ke mahkamah.

“Nasihat saya, kalau nak nikah, nikah betul-betul. Kalau lelaki kena ‘gentleman’ datanglah ke mahkamah. Mahkamah ini tidak susah mana pun nak buat pengesahan atau hendak buat permohonan poligami.

“Mudah saja kalau kita dapat kemukakan bukti keterangan. Tetapi, apabila tidak mahu beritahu isteri pertama dan tidak mahu ikut undang-undang, jadi itu yang akan menyusahkan kita di kemudian hari,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Aslam dan Marissa hadir secara serentak kira-kira jam 11 pagi dengan berpakaian sedondon rona krim.

Ahmad Aslam sebelum ini dilapor mengakui sukar melalui kehidupan berpoligami buat dirinya yang masih muda apabila memperisterikan dua wanita, iaitu Umisya Mazlan dan anak pelakon dan penyanyi Abby Abady, iaitu Marissa.

Kisah pasangan ini menjadi perhatian apabila Ahmad Aslam bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Ahmad Aslam, iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan umrah.

Ketika itu, Ahmad Aslam dilapor masih lagi memegang status sebagai suami orang. Pernikahan itu juga dilapor berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya yang sudah berpisah, iaitu pelakon, Norman Hakim dan Abby.

Pada Mei tahun lalu, pasangan itu hadir di mahkamah yang sama untuk mengesahkan perkahwinan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here