Home Buletin Semasa PROGRAM CSR AKSB SANTUNI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN DI DUN KIJANG

PROGRAM CSR AKSB SANTUNI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN DI DUN KIJANG

117
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terus dizahirkan dengan menyantuni golongan kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, inisiatif itu adalah tanda keprihatinan berterusan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Menurutnya, program berkenaan turut membabitkan Pegawai Khasnya, Taufiq Ramli bersama pasukan AKSB yang turun padang menyampaikan sumbangan kepada penerima terpilih.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima, khususnya dalam membuat persiapan menghadapi musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Mudah-mudahan usaha kecil ini mampu membawa kegembiraan kepada mereka serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya.

Beliau berharap lebih banyak pihak ampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here