Home Sukan ARSENAL PILIHAN ATASI LEVERKUSEN PADA PUSINGAN 16

ARSENAL PILIHAN ATASI LEVERKUSEN PADA PUSINGAN 16

116
0

LEVERKUSEN, Jerman: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dijangka mengekalkan rentak cemerlang mereka apabila bertemu Bayer Leverkusen pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, dengan peluang untuk mara ke suku akhir menanti.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, pasukan kendalian Mikel Arteta menang semua lapan perlawanan pada fasa kumpulan untuk melangkah mudah ke peringkat kalah mati dan kemenangan ke atas Leverkusen akan menyingkap laluan menentang Bodo/Glimt atau Sporting.

Pemain pertahanan tengah, William Saliba terlepas dua perlawanan terakhir Arsenal kerana masalah buku lali tetapi berpotensi kembali pada perlawanan di BAyArena.

Leverkusen kini menghuni tangga keenam Bundesliga dan masih dalam proses pembinaan semula selepas musim panas yang kacau bilau, kehilangan jurulatih Xabi Alonso serta beberapa pemain utama termasuk Florian Wirtz, Granit Xhaka dan pemain baharu Arsenal, Piero Hincapie.

“Kami kuat di laman sendiri. Kami ada peluang di sana – kami boleh menang di sana,” kata pemain sayap kiri Alejandro Grimaldo kelmarin.

Kemenangan Leverkusen ke atas Olympiacos pada pusingan play-off adalah kemenangan pertama mereka dalam perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara sejak 2002, ketika mereka mara ke final sebelum tewas kepada Real Madrid di bawah inspirasi Zinedine Zidane.

Arsenal, yang memburu trofi besar pertama sejak 2020, kini mengekalkan momentum cemerlang dengan harapan mara jauh dalam saingan Eropah musim ini. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here