Home Buletin Semasa MAYAT LELAKI DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI KELANTAN

MAYAT LELAKI DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI KELANTAN

135
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Tendong, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Farid Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an sedang terapung di dalam sungai.

“Anggota bomba kemudian turun ke sungai menggunakan bot milik orang awam sebelum membawa mangsa ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu enam anggota daripada BBP Wakaf Bharu, empat anggota polis serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here