Home Buletin Semasa POLIS RAKAM KETERANGAN LEBIH 10 INDIVIDU SIASAT KES DOKTOR PELATIH MAUT

POLIS RAKAM KETERANGAN LEBIH 10 INDIVIDU SIASAT KES DOKTOR PELATIH MAUT

124
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis sudah merakam keterangan lebih 10 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang doktor pelatih wanita yang ditemukan meninggal dunia di bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata individu terbabit termasuk ahli keluarga, rakan serta pensyarah mangsa.

“Setakat ini kes tersebut masih dalam siasatan dan pihak kami belum mengesan unsur jenayah.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

“Pihak kami sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta pensyarah mangsa bagi membantu siasatan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bakul Ramadan An’Nisa 60 Asnaf dan Ibu Tunggal, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata kes berkenaan kini turut diambil alih oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bagi memastikan siasatan dilakukan dengan lebih terperinci.

Sebelum ini media melaporkan seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik di asrama HSIP.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here