Home Luar Negara SERANGAN DRON SASAR KEMUDAHAN MINYAK, LAPANGAN TERBANG DI IRAQ

SERANGAN DRON SASAR KEMUDAHAN MINYAK, LAPANGAN TERBANG DI IRAQ

127
0

BAGHDAD: Beberapa dron menyerang lapangan terbang dan kemudahan minyak di Iraq semalam, manakala tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh beberapa dron di bandar Erbil, susulan amaran kemungkinan serangan terhadap hotel.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, serangan baharu yang didakwa dilakukan Iran turut menyasarkan kumpulan pembangkang Kurdish Iran di wilayah Kurdistan di utara negara itu, susulan laporan menyatakan kemungkinan kumpulan militan akan cuba menyeberang masuk ke Iran.

Lewat semalam, Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, yang menempatkan pangkalan tentera serta kemudahan diplomatik AS ‘diserang beberapa kali’ menggunakan dron dan peluru berpandu, kata seorang pegawai keselamatan kepada AFP.

Satu lagi sumber keselamatan mengesahkan berlaku serangan dron diikuti kebakaran di lapangan terbang itu.

Beberapa jam sebelumnya, pihak berkuasa Iraq memaklumkan, roket turut menyasarkan kemudahan itu dari kawasan Abu Ghraib berhampiran Baghdad.

Ia menambah, pasukan keselamatan kemudian merampas sebuah kenderaan yang mengandungi baki roket berkenaan.

Di wilayah selatan Basra, sebuah kemudahan minyak yang menempatkan syarikat tenaga asing turut diserang sebanyak dua kali.

Lewat semalam, seorang pegawai keselamatan di Basra berkata, dua dron ditembak jatuh di atas kompleks minyak Burjesia, namun sebuah lagi berjaya melepasi pertahanan dan mengenai lokasi berkenaan.

Sumber keselamatan juga berkata, terdahulu, kemudahan itu turut diserang bersama sebuah lagi medan minyak serta lapangan terbang Basra.

Iraq yang sekian lama menjadi medan persaingan proksi antara AS dan Iran menyatakan, negara itu tidak mahu terheret ke dalam perang yang melanda Asia Barat.

Namun, ia juga tidak terlepas daripada tempias konflik berkenaan.

Iraq sudah terheret ke dalam perang sejak awal lagi, dengan serangan yang didakwa dilakukan oleh AS dan Israel menyasarkan kumpulan yang disokong Iran di Iraq.

Wilayah Kurdistan di utara Iraq yang mempunyai autonomi, dan menempatkan tentera AS, menjadi sasaran utama serangan. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here