Home Sukan AL-NASSR TEMPANG TANPA RONALDO

AL-NASSR TEMPANG TANPA RONALDO

116
0

RIYADH: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo akan berlepas ke Sepanyol untuk menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring, kata jurulatih pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Nassr, Jorge Jesus.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Ronaldo, 41, yang sudah menjaringkan 21 gol dalam 22 perlawanan liga musim ini, mengalami kecederaan ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Fayha 3-1 pada Sabtu lalu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, jelas Ronaldo memerlukan tempoh rehat dan rawatan, jadi kami memutuskan untuk menghantarnya ke Sepanyol.

“Kakitangan perubatan sudah menilai keadaannya dan mengesahkan dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya,” kata Jesus dalam sidang media.

Setakat ini masih belum pasti sama ada pemenang lima kali Ballon d’Or itu sempat pulih untuk menyertai aksi persahabatan skuad kebangsaan Portugal menentang Mexico pada 29 Mac dan Amerika Syarikat pada 1 April. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here