Home Luar Negara 100,000 JEMAAH TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA

100,000 JEMAAH TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA

160
0

BAITULMAQDIS: Memetik laporan Bernama-Wafa menerusi Harian Metro, kira-kira 100,000 umat Islam menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa di bandar yang diduduki, Baitulmaqdis, walaupun sekatan diperketatkan oleh Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik Pentadbiran Gabenor Baitulmuqaddis.

Menurut laporan itu, pasukan pendudukan menghalang ribuan jemaah daripada sampai ke Masjid Al-Aqsa dengan menyekat perjalanan mereka di pusat pemeriksaan Qalandia dan Pusat Pemeriksaan 300, masing-masing di utara dan selatan bandar itu.

Pasukan Israel kebelakangan ini meningkatkan kehadiran ketenteraan di seluruh Baitul Maqdis dan di pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa, dengan tujuan mengehadkan akses ke kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa pendudukan turut mengeluarkan arahan melarang lebih 300 rakyat Palestin dari Baitul Maqdis memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan, menurut WAFA.-Bernama-Wafa, Harian Metro-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here