Home Sukan ROSENIOR MAHU TAMATKAN ERA BERGOLAK CHELSEA

ROSENIOR MAHU TAMATKAN ERA BERGOLAK CHELSEA

108
0

LONDON: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior percaya tempohnya di Stamford Bridge mampu menamatkan fasa bergolak kelab itu sekiranya beliau diberi masa untuk mencorakkan pasukan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Rosenior menjadi pengurus tetap kelima di bawah pemilik semasa, BlueCo apabila tiba dari Strasbourg untuk menggantikan Enzo Maresca pada Januari.

Termasuk pengurus sementara, beliau adalah individu kesembilan memegang jawatan itu dalam tempoh enam tahun sejak Mikel Arteta mengendalikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, yang akan menerima kunjungan The Blues pada awal pagi Isnin ini.

Sepanjang tempoh itu juga berlaku pertukaran besar pemain dan pegawai.

Daripada skuad yang menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) pada 2021, hanya Reece James kekal sehingga September tahun lalu.

Thomas Tuchel yang membawa Chelsea menjuarai UCL menentang Manchester City dipecat empat bulan selepas pemilik baharu mengambil alih kelab.

Graham Potter dan Mauricio Pochettino turut melalui tempoh singkat sebelum Maresca menamatkan 18 bulan bersama kelab itu secara mengejut pada Hari Tahun Baharu susulan perselisihan dengan pihak pengurusan.

Ditanya mengenai masa depannya selepas permulaan meyakinkan dengan empat kemenangan daripada enam aksi EPL sebelum seri mengecewakan menentang Leeds dan Burnley, Rosenior berkata kesabaran adalah kunci kejayaan.

“Duduk di kerusi ini, saya mahu berada di sini selama mungkin.

“Saya mahu menjadi individu itu bukan hanya saya tetapi pasukan, kakitangan, pemilik dan pengarah sukan. Saya mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu yang benar-benar berjaya untuk tempoh panjang. Sebab itu saya menyahut cabaran ini.

“Realiti bola sepak adalah masa datang bersama kejayaan. Anda perlu menunjukkan kualiti bukan sahaja dalam perlawanan, tetapi setiap hari.

“Setiap hari anda perlu berada pada tahap tertinggi bersama pemain dari segi pembangunan mereka, cara mengendalikan sesi latihan dan cara mengurus mesyuarat.

“Saya harap ini adalah penghujung kepada pergolakan kelab ini. Saya harap saya dapat berada di sini untuk tempoh sangat panjang dan membawa kejayaan yang selayaknya buat kelab ini,” katanya.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here