Home Buletin Semasa TDM TAHAN TIGA LELAKI SELUDUP 32 EKOR LEMBU DI SUNGAI GOLOK

TDM TAHAN TIGA LELAKI SELUDUP 32 EKOR LEMBU DI SUNGAI GOLOK

154
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup 32 ekor lembu dari Thailand dalam operasi di Sungai Golok, awal pagi kelmarin.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu berlaku di bawah Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

“Pasukan operasi bertindak pantas mengepung kawasan selepas mengesan aktiviti mencurigakan sebelum menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 36 hingga 43 tahun.

“Bagaimanapun, beberapa suspek lain dipercayai melarikan diri ke negara jiran,”menurut kenyataan itu.

Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah beberapa kenderaan persendirian.

Laporan polis berhubung rampasan haiwan ternakan itu telah dibuat di Balai Polis Lubok Stol, Rantau Panjang.

Kes seterusnya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here