Home Sukan MARTIN AKHIRNYA RASA APRILIA MILIKNYA

MARTIN AKHIRNYA RASA APRILIA MILIKNYA

144
0

BURIRAM: Jorge Martin mengakui hari pertama ujian MotoGP di Buriram menjadi detik pertama dia benar-benar merasakan jentera Aprilia Racing adalah miliknya.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, juara dunia 2024 itu terlepas ujian di Sepang awal bulan ini selepas menjalani beberapa pembedahan pada Disember bagi merawat kecederaan lama.

Musim sulungnya bersama Aprilia tahun lalu dibelenggu kecederaan dan Martin memasuki kempen baharu dengan hanya tujuh hujung minggu perlumbaan bersama jentera RS-GP.

Selepas ujian di Valencia pada November lalu, dia mengakui masih “berasa seperti pelumba baharu” dalam beberapa aspek ketika menunggang jentera itu.

Namun di Buriram, Martin memulakan sesi pertama dengan positif dan menamatkan hari di kedudukan ke-13 keseluruhan, satu permulaan yang meyakinkan buatnya.

“Saya terus rasa selesa, jentera berfungsi dengan baik.

“Litar ini sebelum ini agak sukar buat kami, tetapi secara peribadi saya sentiasa laju dan kompetitif di sini.

“Saya hanya menyambung rentak di litar ini dan saya rasa baik.

“Kerja yang dilakukan di Malaysia sangat hebat, begitu juga sepanjang musim sejuk.

“Saya gembira kerana semuanya datang secara semula jadi; saya tidak perlu memaksa seperti sebelum ini,” katanya.

Isyarat awal itu cukup untuk menunjukkan Martin semakin serasi dan mungkin bersedia memberi cabaran lebih besar musim ini. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here