Home Buletin Semasa JKN KELANTAN NASIHAT ORANG RAMAI PILIH MAKANAN, MINUMAN SIHAT MENJELANG RAMADAN

JKN KELANTAN NASIHAT ORANG RAMAI PILIH MAKANAN, MINUMAN SIHAT MENJELANG RAMADAN

119
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan mengingatkan orang ramai supaya membuat pilihan makanan dan minuman yang sihat serta mengutamakan kebersihan, khususnya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Pengarah JKN Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, masyarakat dinasihatkan agar tidak hanya tertarik kepada rasa dan penampilan makanan semata-mata, sebaliknya perlu menitikberatkan aspek keselamatan, kebersihan serta nilai pemakanan.

“Apabila membeli makanan atau minuman untuk berbuka puasa, pilihlah kedai atau tapak Bazaar Ramadan yang bersih. Jangan hanya melihat kepada warna atau rasa makanan, dan elakkan pengambilan makanan serta minuman manis secara berlebihan,” katanya ketika ditemui, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini sedang melaksanakan taklimat kepada pengendali makanan yang diberikan lesen untuk berniaga di tapak Bazaar Ramadan di seluruh negeri dan proses berkenaan dijangka selesai pada minggu hadapan.

Menurutnya, semua pengendali makanan diwajibkan mendapatkan suntikan tifoid sebelum dibenarkan menjalankan perniagaan bagi mencegah penularan bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan dan minuman.

“Sebagai rekod, sepanjang tahun lalu, sebanyak 95 peratus pengendali makanan daripada 2,802 premis di Kelantan telah mendapatkan suntikan tifoid,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here