Home Buletin Semasa KAHWIN DI THAILAND BUKAN ISU REMEH, KERAJAAN TEGASKAN LIBATKAN NASAB

KAHWIN DI THAILAND BUKAN ISU REMEH, KERAJAAN TEGASKAN LIBATKAN NASAB

157
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan tidak pernah berhenti memberi kefahaman dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat, selain melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekang pasangan Malaysia berkahwin di Thailand.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, setiap individu perlu berfikir panjang sebelum mengambil keputusan berkenaan kerana ia bukan perkara remeh, sebaliknya melibatkan nasab dan implikasi besar terhadap institusi kekeluargaan.

“Perkara ini bukan baharu dan pihak agensi tidak pernah berhenti memberikan kefahaman serta kesedaran kepada orang ramai. Ia juga bukan perkara main-main kerana melibatkan nasab dan perlu diambil serius,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Ihya’ Ramadan dan Pelancaran Program Pendidikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM), di sini, hari ini.

Menurut beliau, di peringkat agensi termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama, komitmen penuh akan terus diberikan bagi memastikan segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan secara berterusan untuk mengekang perkara berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa ejen yang menguruskan pasangan yang mahu berkahwin atau berpoligami di selatan Thailand kini menawarkan pakej ‘3 dalam 1’, termasuk bulan madu di Hatyai selama tiga hari dua malam dengan caj antara RM10,000 hingga RM12,000.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat dilaporkan berkata, lebih 800 pasangan dari Malaysia berkahwin di selatan Thailand sepanjang tahun lalu, dengan kebanyakannya melibatkan kes poligami.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here