Home Sukan JDT LAKAR DUA REKOD BAHARU

JDT LAKAR DUA REKOD BAHARU

14
0

KUALA LUMPUR: Kejayaan menewaskan Imigresen FC di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta dua rekod baharu dalam saingan Liga Super.

Memetik laporan Berita Harian, kemenangan besar 5-0 yang diraih itu membolehkan skuad Harimau Selatan memperbaharui rekod dalam Liga Super apabila mencatatkan 33 kemenangan berturut-turut sejak Ogos 2024.

Malah, kemenangan ke atas skuad kendalian Yusri Che Lah itu juga menyaksikan anak buah Xisco Munoz melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam Liga Super kepada 100 perlawanan.

Ia meletakkan JDT sebagai pasukan yang mencatat rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah saingan utama itu dengan kali terakhir mereka tewas adalah lima tahun lalu.

Untuk rekod, kali terakhir juara 11 kali berturut-turut itu tewas dalam Liga Super adalah pada April 2021 apabila mengalami kekalahan tipis 0-1 kepada Terengganu di gelanggang sendiri.

Harimau Selatan juga berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut selepas selesa mendahului saingan musim ini dengan mengumpul 48 mata dalam 16 perlawanan.

Berdasarkan prestasi konsisten dipamerkan anak buah Munoz, kedudukan itu seakan sukar untuk dipintas mana-mana pasukan dengan pencabar terdekat, Selangor yang menghuni tangga kedua ketinggalan 16 mata. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here