Home Luar Negara 5 MAUT, JAMBATAN RUNTUH DI TIMUR CHINA

5 MAUT, JAMBATAN RUNTUH DI TIMUR CHINA

176
0

NANJING: Lima maut selepas sebuah jambatan yang dalam pembinaan runtuh pada petang Isnin di Bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu, timur China, menurut pihak berkuasa tempatan pada awal Selasa.

Memetik laporan Xinhua menerusi Harian Metro, laporan awal menyatakan dua orang terkorban, manakala tiga lagi hilang.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang hilang itu bagaimanapun ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut kepada lima orang.

Kejadian berlaku pada 5.46 petang Isnin. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaporkan sebahagian besarnya sudah berakhir. – BERNAMA-XINHUA, HMetro Online – 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here