Home Sukan KEANE MAHU UNITED CARI PENGURUS LEBIH TERNAMA

KEANE MAHU UNITED CARI PENGURUS LEBIH TERNAMA

194
0

LONDON: Roy Keane menegaskan Manchester United perlu melantik pengurus yang “lebih besar dan lebih baik” musim depan, walaupun Michael Carrick berjaya mengemudi kelab itu kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, sudah 12 hari sejak Carrick dilantik sebagai pengurus sementara hingga akhir musim, beliau mencuri tumpuan selepas merencana dua kemenangan berturut-turut ke atas pencabar kejuaraan, Manchester City dan Arsenal.

Namun di sebalik tanda positif yang dipamerkan United sejak Carrick mengambil alih, Keane masih belum yakin bekas rakan sepasukannya itu adalah pilihan tepat untuk jangka panjang.

“Anda mengarut,” kata Keane kepada Sky Sports selepas Micah Richards mencadangkan Carrick calon terbaik untuk mengambil alih secara kekal menggantikan Ruben Amorim.

“Dua persembahan hebat, tetapi sesiapa pun boleh menang dua perlawanan.

“Walaupun mereka menamatkan musim di tangga keempat, saya tetap tidak yakin beliau paling sesuai. Sama sekali tidak.

“Mereka perlukan pengurus yang lebih besar dan lebih baik. Namun beliau diberi peluang dan ia satu peluang besar buatnya dan beliau sedang memanfaatkannya.”

Keane tidak menyembunyikan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Carrick hingga akhir musim, termasuk mempersoalkan barisan kejurulatihan yang dibawa masuk.

“Saya bimbang dengan pelantikan ini, bimbang dengan kakitangan dan pengurus. Tetapi saya mungkin akan berasa begitu terhadap kebanyakan individu pada tahap musim seperti ini,” kata Keane sebelum kemenangan ke atas City.

“Melihat kumpulan pemain yang ada, ia satu tugas besar. Di Middlesbrough, apa sahaja mandat Carrick mungkin untuk naik liga, beliau tidak mencapainya. Beliau gagal di sana, tetapi itu tidak bermakna beliau pengurus yang buruk. Ia tugasan sukar.

“Mendapat peluang ini memang hebat untuknya, tetapi saya melihat kakitangan yang dibawanya. Anda selalu bercakap United perlu yang terbaik daripada yang terbaik dan ketika ini saya tidak melihatnya. Namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh meraih keputusan.”

Carrick pula tidak terkesan dengan kritikan Keane dan secara terbuka meremehkan sebarang dakwaan komen bekas kapten United itu memberi kesan kepadanya.

Sebaliknya, beliau terus mengukuhkan prospek untuk dipertimbangkan secara tetap susulan dua persembahan meyakinkan menentang dua pasukan teratas liga.

“Michael Carrick masuk dan beliau sangat hebat bersama kami,” kata pemain terbaik perlawanan Harry Maguire selepas kemenangan ke atas Arsenal. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here