Home Buletin Semasa DUA LAGI PEGAWAI KANAN ATM DIJANGKA DIDAKWA MINGGU DEPAN – SPRM

DUA LAGI PEGAWAI KANAN ATM DIJANGKA DIDAKWA MINGGU DEPAN – SPRM

150
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk akan didakwa atas tuduhan berkaitan rasuah minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pertuduhan terhadap dua individu berkenaan akan dibuat selepas mendapat persetujuan Peguam Negara.

“Sekiranya Peguam Negara bersetuju, kita akan meneruskan pertuduhan terhadap dua lagi individu.

“Saya jamin keputusan itu tidak lama. Ini tanggungjawab saya, saya laksanakan. Tanggungjawab Peguam Negara kena dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di sini, hari ini.

Menurut beliau, SPRM memberi keutamaan kepada individu dalam senarai berkedudukan tinggi terlebih dahulu.

Media sebelum ini melaporkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas empat kes menerima wang hasil aktiviti haram mencecah RM2.2 juta pada 2024 hingga tahun lalu.

Muhammad Hafizuddeain, 58, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here