Home Buletin Semasa PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 1.7, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali (Bypass), di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.05 petang dan membabitkan sebuah motokar serta sebuah motosikal.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 23 tahun, datang dari arah Bukit Gedombak menghala ke lampu isyarat Alor Pasir.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Henry Dass Tevatus di talian 016-5072413.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here