Home Buletin Semasa IBU BAPA MANFAAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

IBU BAPA MANFAAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan kerajaan terus membantu meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Tinjauan kru IMedikel TV mendapati rata-rata ibu bapa sudah mengambil langkah awal dengan menyimpan wang sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan kelengkapan persekolahan anak dapat disediakan dengan baik selain disokong oleh Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bapa kepada lima orang anak, Mas Budi Ab Hamid, 47, dari Kota Bharu berkata, dia sudah menyimpan dan mengasingkan kewangan untuk urusan perbelanjaan sekolah bagi dua orang anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, dia turut bersyukur apabila anaknya menerima bantuan itu sebanyak RM150 yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI.

“Usaha itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan pada sesi awal persekolahan ini, lebih-lebih waktu begini anak-anak nak beli buku dan sebagainya,” katanya.

Mas Budi yang bekerja sebagai pembantu pemandu lori berkata, kos perbelanjaan barangan sekolah bagi kedua-dua anaknya adalah kira-kira RM400.

Sementara itu, bagi seorang peniaga, Maziah Hasan, 57, dari Panji berkata, meskipun keempat-empat anaknya sudah bekerja, namun dia bersyukur kerana pernah merasai detik menerima bantuan itu.

“Bagi mereka yang mempunyai ramai anak, saya tahu perjuangan mereka bekerja keras untuk beli keperluan sekolah anak sebab zaman sekarang semua kos semakin meningkat.

“Dengan duit bantuan awal persekolahan ini, saya rasa sangat membantu ibu bapa pada masa sekarang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengagihkan BAP berjumlah RM150 bagi setiap pelajar secara berperingkat

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here