Home Sukan JUARA GIRO D’ITALIA, SIMON YATES UMUM BERSARA

JUARA GIRO D’ITALIA, SIMON YATES UMUM BERSARA

PARIS: Juara dua kali Grand Tour, Simon Yates mengumumkan akan bersara daripada perlumbaan basikal profesional, hanya tujuh bulan selepas menjuarai Giro d’Italia.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, berita itu hadir selepas Yates menikmati musim terbaik dalam kerjayanya, termasuk kemenangan satu peringkat pada Tour de France Julai lalu.

“Ini mungkin mengejutkan ramai pihak, tetapi ia bukan keputusan yang saya buat secara mudah.

“Saya sudah memikirkannya untuk tempoh yang lama, dan kini rasanya ini adalah masa yang tepat untuk meninggalkan sukan ini,” kata kata Yates dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya, Visma-Lease a Bike.

Yates mengucapkan terima kasih kepada Visma-Lease a Bike kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya termasuk keputusannya untuk bersara meskipun masih berbaki kontrak setahun lagi.

“Saya meninggalkan dunia basikal profesional dengan rasa bangga dan hati yang tenang.

“Walaupun kemenangan akan sentiasa diingati, hari-hari sukar dan kegagalan adalah sama penting.

“Ia mengajar saya erti ketabahan dan kesabaran, sekali gus menjadikan kejayaan lebih bermakna,” katanya.-AFP, HMetro Online- 

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here