Home Buletin Semasa WANITA MAUT DIREMPUH KERETA DI KUALA KRAI

WANITA MAUT DIREMPUH KERETA DI KUALA KRAI

Oleh:Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 99 Jalan Kota Bharu – Gua Musang, di hadapan Caltex Kampung Laloh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Mazlan Mamat berkata, pemandu pacuan empat roda itu melarikan diri dari tempat kejadian dan meninggalkan keretanya di lokasi kemalangan.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu kereta yang membelok masuk ke stesen minyak Caltex sehingga berlaku kemalangan dengan motosikal dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, wanita tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke Unit Kecemasan HSIP untuk mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk proses bedah siasat.,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Jelasnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kes itu secara terperinci.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here