Home Hiburan ABPBH SAKSI HUBUNGAN ANNA JOBLING, IBU KEMBALI JERNIH

ABPBH SAKSI HUBUNGAN ANNA JOBLING, IBU KEMBALI JERNIH

275
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Harian Metro, terlerai sudah hubungan tegang antara pelakon Anna Jobling dan ibunya Ariz Arop apabila mereka berpelukan di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-37, di sini, malam tadi.

Suasana penuh beremosi itu mencuri perhatian apabila dilihat secara spontan merakam gambar bersama sambil memegang trofi sebelum Anna memohon doa yang baik-baik buat mereka.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga saya. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya.

“Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya,” katanya.

Anna bersyukur apabila ibunya hadir untuk menyokongnya dan menyifatkan salah faham yang berlaku adalah asam garam dalam hubungan dalam keluarga.

“Dia hadir menyokong saya malam ini (tadi). Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Anna bersyukur selepas tiga bulan hubungan dia dan ibunya keruh, kini kembali jernih.

Pada malam tadi, Anna memenangi kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here