Home Hiburan MISHA OMAR TAWAN HATI 4,000 PEMINAT

MISHA OMAR TAWAN HATI 4,000 PEMINAT

KUALA LUMPUR: Konsert Dia Misha Omar bukan sahaja meraikan perjalanan karier seninya lebih dua dekad, malah berjaya memukau kira-kira 4,000 penonton yang membanjiri Mega Star Arena, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pada konsert itu, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, 43, menghiburkan peminat dengan rangkaian 21 lagu hitsnya termasuk secara medley.

Antara rangkaian lagu hits yang disampaikan ialah Bunga-bunga Cinta, Ku Seru, Pulangkan, Sampai Bila, Cinta Adam & Hawa termasuk single terbaharunya, Break.

Dalam ucapannya, Misha juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat setianya yang hadir pada malam itu.

“Terima kasih kerana membelanjakan sejumlah wang dan waktu untuk konsert saya pada malam ini.

“Sedar tak sedar, perjalanan karier saya sudah berjalan selama 23 tahun dan saya masih orang yang sama. Terima kasih kerana masih setia bersama saya,” katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Turut mencuri tumpuan, persembahan duet Misha dengan anaknya Muhammad Idris Ezzwa, 9, menerusi lagu Destiny.

Pada tahun lalu, penampilan dan aksi bersahaja Idris sebagai hos ketika Showcase Misha Back to Basic di Jio Space juga tular dan mencuri perhatian netizen.

Antara rakan artis yang hadir memberi sokongan ialah Anuar Zain, Sherry Al Hadad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ernie Zakri, Syamel dan Datuk Fazley Yaakob dan Hasif Upin.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here