Home Sukan RONALDO, GEORGINA KAHWIN SELEPAS TAMAT PIALA DUNIA 2026

RONALDO, GEORGINA KAHWIN SELEPAS TAMAT PIALA DUNIA 2026

RIYADH: Cristiano Ronaldo dan tunangnya, Georgina Rodriguez dilapor akan melangsungkan perkahwinan di pulau kelahirannya, Madeira pada musim panas tahun depan.

Menurut Jornal da Madeira, pasangan itu akan disatukan selepas Piala Dunia 2026 di Katedral Funchal, dengan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel mewah.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, lokasi itu cukup sentimental, hanya kira-kira 2.4 kilometer dari hospital tempat Ronaldo dilahirkan, dan tiga batu dari kelab zaman kanak-kanaknya, Nacional da Madeira.

Pasangan bintang itu mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos lalu selepas lebih sembilan tahun bersama.

Ronaldo, 40, baru-baru ini mendedahkan detik lamaran yang “tidak terlalu romantik” dan dibuat secara spontan meskipun disertakan cincin bernilai £1.5 juta. “Ia sekitar pukul 1 pagi.

Anak-anak perempuan saya sedang tidur,” katanya kepada Piers Morgan.

“Salah seorang rakan saya beri cincin untuk saya serahkan kepada Gio, dan ketika hendak memberikannya, dua anak saya masuk dan berkata, ‘Daddy, daddy nak bagi cincin dekat mummy dan nak ajak mummy kahwin.’

“Saya fikir, ‘Wow, inilah masa yang sesuai untuk dia kata ya. Saya memang rancang nak buat suatu hari nanti, tapi bukan malam itu.”

Kerana situasi spontan itu, Ronaldo tidak sempat melutut seperti lazimnya. “Saya tak bersedia tapi ia detik yang indah. Saya beri ucapan. Ia mudah, saya bukan lelaki yang terlalu romantik. Saya romantik, tapi bukan jenis yang bawa bunga setiap minggu. Tapi dengan cara saya, ia tetap romantik. Saya tahu dia wanita hidup saya.”

Ronaldo mempunyai lima anak, dua daripadanya, Alana Martin dan Bella Esmeralda, bersama Georgina.

Anak sulungnya, Cristiano Jr, lahir pada 2010 sebelum hubungan mereka bermula, manakala Eva dan Mateo dilahirkan melalui ibu tumpang pada 2017. Pada 2022, mereka melalui detik tragis apabila bayi lelaki kembar mereka, Angel, meninggal dunia semasa lahir.

Bintang Portugal itu dan model Argentina-Sepanyol itu dipercayai mula berkenalan pada 2016 ketika Ronaldo bermain untuk Real Madrid.- AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here