Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjalankan siasatan ke atas aduan membabitkan 27 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, yang diperiksa pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di pusat hiburan Mansion 9, Kuala Lumpur pada 26 April tahun lalu.
EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
“Hasil siasatan mendapati ketidakpatuhan arahan larangan berada di kawasan berisiko tinggi Berlaku ketidakpatuhan kepada Surat Larangan Berada Di Kawasan Berisiko Tinggi bertarikh 18 November 2019 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Imigresen pada masa itu.
“Surat tersebut melarang semua pegawai dan anggota JIM untuk tidak berada di kawasan berisiko tinggi seperti pusat hiburan, rumah urut, pusat atau premis perjudian atau seumpamanya yang boleh menimbulkan syak dan persepsi negatif terhadap organisasi.
“Ketidakpatuhan jadual penugasan Berlaku ketidakpatuhan kepada jadual penugasan kerana beberapa orang anggota JIM yang terlibat dalam kejadian tersebut mempunyai arahan tugasan, tetapi didapati berhibur di pusat hiburan tersebut.
“Ketidakpatuhan terhadap SOP Siasatan Tatatertib JIM Berlaku ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dengan siasatan tatatertib oleh pihak JIM berhubung dengan kejadian tersebut,”menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, EAIC memutuskan merujuk pegawai terbabit kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPA Hasil siasatan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengesyorkan hukuman tatatertib terhadap pegawai yang terlibat di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].
“Syor ini dibuat susulan kesalahan tatatertib iaitu cuai dalam melaksanakan tugas, tidak bertanggungjawab, tidak jujur atau tidak amanah.
“Merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM Hasil siasatan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan mengesyorkan hukuman tatatertib terhadap pegawai dan anggota yang terbabit di bawah Peraturan 38 P.U.(A) 395/1993, susulan kesalahan tatatertib iaitu ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan yang sama,”jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu mengesyorkan langkah penambahbaikan dan syor-syor lain termasuk mengarahkan pegawai dan anggota yang terlibat, yang telah berkhidmat di tempat sama melebihi lima tahun, untuk menjalani arahan pertukaran.
“Selain itu melaksanakan penyelarasan dan pemantauan terhadap jadual penugasan serta rekod kehadiran pegawai bagi mengelakkan sebarang tohmahan serta mengarahkan pegawai dan anggota terlibat memastikan pembayaran yang sepatutnya dibuat bagi perkhidmatan yang diterima di pusat hiburan tersebut, bagi mengelakkan sebarang tohmahan rasuah,”menurut kenyataan itu.
IMedikel TV






