Home Hiburan SWEET QISMINA MENANG LAGI, RANGKUL TROFI PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK AIFFA

SWEET QISMINA MENANG LAGI, RANGKUL TROFI PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK AIFFA

138
0

KUCHING: Sweet Qismina terus mengukir nama dalam dunia seni apabila merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) 2025 yang berlangsung di sini, malam ini.

Memetik laporan Berita Harian, kemenangan itu meletakkan Malaysia merangkul tiga anugerah dalam AIFFA 2025.

Selain Sweet Qismina, turut mengharumkan nama Malaysia Wu Kang Ren yang menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi wataknya dalam Filem Abang Adik manakala filem Tegkang menerima Anugerah Juri Khas.

Bagi AIFFA 2025 yang julung kali ini diadakan di negara ini, Filipina muncul negara paling unggul dalam festival kali ini selepas meraih kemenangan terbanyak dalam kategori utama.

Filem The Gospel of the Beast memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik manakala Anugerah Sinematografi Terbaik melalui Some Nights I Feel Like Walking, serta Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diberikan kepada Lani Razaro.

Festival turut mengiktiraf pengarah tersohor negara itu, Lav Diaz, dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AIFFA.

Vietnam pula meraih dua kemenangan melalui filem Inside the Yellow Cocoon Shell, yang memenangi Anugerah Penyuntingan Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik untuk Cham Thien An.

Kemboja mencatat melakar sejarah tersendiri apabila filem Tenement diumumkan sebagai penerima Anugerah Filem Terbaik.

Indonesia pula menerima Anugerah Semangat ASEAN untuk karya budaya Mbutik sementara Brunei turut meraih pengiktirafan apabila filem Waiters menerima Anugerah Juri Khas Kedua.

AIFFA 2025 terus menjadi platform penting bagi menghimpunkan karya-karya terbaik dari seluruh Asia Tenggara.

Dominasi Filipina pada edisi kali ini menonjolkan kekuatan industri filem negara itu dalam persaingan serantau.

Dalam Mala Gala AIFFA 2025, pelakon dan penerbit legenda Hong Kong, Simon Yap diberikan Anugerah Inspirasi ASEAN.

Kehadirannya bukan saja memperkaya festival sebagai tokoh besar dalam dunia perfileman serantau, malah menjadi simbol inspirasi kepada generasi muda penggiat filem ASEAN dengan karier beliau lebih 50 tahun dan menyentuh pelbagai genre serta budaya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here