Home Buletin Semasa KERJA BAIK PULIH DIMULAKAN SEGERA DI SEKOLAH TERJEJAS KEBAKARAN – KPM TEGASKAN...

KERJA BAIK PULIH DIMULAKAN SEGERA DI SEKOLAH TERJEJAS KEBAKARAN – KPM TEGASKAN KEUTAMAAN KESELAMATAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan keprihatinan terhadap beberapa insiden kebakaran yang membabitkan institusi pendidikan bawah kelolaannya, termasuk kejadian di SK Padang Melangit, Perlis pada Khamis serta dua lagi kejadian di SMK Jalan Tiga dan SBPI Sungai Lang, Selangor hari ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tindakan segera telah diambil bagi menyiasat punca kejadian serta melakukan penilaian terhadap kerosakan infrastruktur sekolah yang terjejas.

”Kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan dengan kadar segera. Kementerian itu turut mengingatkan semua pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memastikan setiap fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat,”menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah perlu sentiasa menjadi keutamaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here