Home Buletin Semasa HIMPUN DEPAN ISTANA UNTUK SERAH BARANG LAMA, 13 INDIVIDU DITAHAN

HIMPUN DEPAN ISTANA UNTUK SERAH BARANG LAMA, 13 INDIVIDU DITAHAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita selepas mereka dikesan berhimpun secara tidak sah di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati sekumpulan individu berkenaan berkumpul di hadapan Istana Negeri dengan tujuan untuk menyerahkan beberapa barangan lama kepada pihak istana

“Seramai 13 Individu ditahan termasuk seorang wanita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan. Kesemua mereka berumur antara 26 hingga 67 tahun,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka sudah dibawa ke hadapan Majistret bagi permohonan tahanan reman, dan mahkamah membenarkan reman selama empat hari bermula 12 hingga 15 November ini.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Manakala siasatan lanjut masih diteruskan,”katanya.

Semalam media melaporkan, seramai 13 individu termasuk seorang wanita direman empat hari selepas dipercayai menyertai perhimpunan haram di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, kelmarin.

Perintah reman sehingga Sabtu terhadap semua suspek yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here