Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah @ IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan merekodkan sebanyak 1,102 menara telekomunikasi berpermit di seluruh negeri, termasuk 990 menara di atas tanah dan 112 menara di atas bangunan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat, berkata jumlah itu berdasarkan rekod dalam Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) yang dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Fi dan bayaran tahuan bagi sebuah menara adalah sebanyak RM2,750 yang merangkumi bayaran permit menara atau struktur sebanyak RM2,000 serta lesen perniagaan sebanyak RM750.
“Manakala lesen penggunaan tanah bagi tanah pertanian yang digunakan untuk menara atau struktur telekomunikasi adalah sebanyak RM500 setahun manakala fi kebenaran penggunaan tanah bangunan untuk menara atau struktur telekomunikasi adalah sebanyak RM1,000,”katanya ketika menjawab soalan dikemukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohamad Nasriff Daud@Daud Yatimee (PAS-Pengkalan Pasir) berkenaan bilangan Menara yang wujud di seluruh Kelantan iaitu menara di atas tanah dan juga di atas bangunan serta hasil kerajaan daripada bayaran oleh Telco.
Beliau berkata, hasil kerajaan negeri yang diperoleh daripada bayaran tersebut dianggarkan berjumlah RM3,030,500 setahun, yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
IMedikel TV






