Home Buletin Semasa 26 PATI DITAHAN DALAM SERBUAN DI TUMPAT

26 PATI DITAHAN DALAM SERBUAN DI TUMPAT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita warga Myanmar berada di dalam dan di luar rumah terbabit.

“Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Katanya kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here