Home Sukan VAN DIJK TEMPELAK KRITIKAN ROONEY

VAN DIJK TEMPELAK KRITIKAN ROONEY

208
0

LONDON: Virgil van Dijk membidas Wayne Rooney yang menuduhnya gagal menunjukkan kepimpinan sebagai kapten Liverpool, dengan menyifatkan pandangan bekas penyerang England itu sebagai “kritikan malas”.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Rooney sebelum ini mendakwa Van Dijk dan Mohamed Salah tidak memikul tanggungjawab dengan baik ketika juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengalami kemerosotan prestasi, tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir.

Dalam rancangan The Wayne Rooney Show, legenda Manchester United itu berkata: “Virgil van Dijk dan Mohamed Salah sudah menandatangani kontrak baharu, tetapi saya tidak nampak mereka benar-benar memimpin pasukan musim ini.

“Bahasa tubuh mereka banyak menceritakan. Saya nampak perubahan pada kedua-duanya. Mereka adalah dua pemain utama dan jika bahasa tubuh mereka tidak betul, ia akan mempengaruhi seluruh pasukan.”

Namun Van Dijk membalas kritikan itu selepas membantu Liverpool menewaskan Aston Villa 2-0 untuk menamatkan rentetan kekalahan.

“Saya tidak dengar pula beliau cakap begitu tahun lalu,” kata Van Dijk.

“Terus terang, saya tidak terasa pun. Rooney seorang legenda besar, ramai yang terpengaruh dengannya, tetapi komen itu saya anggap sebagai kritikan malas. Itu pandangan peribadi saya.

“Mudah untuk salahkan pemain senior, tetapi beliau pun tahu kami semua berusaha bersama-sama membantu satu sama lain untuk keluar daripada situasi ini.

“Macam saya kata juga, bila keadaan baik tahun lalu, tiada siapa pun bercakap begitu. Tetapi bila keadaan sukar, kritikan datang. Itulah lumrah.

“Pengulas memang perlu buat kerja mereka, jadi saya tidak ambil hati langsung. Beliau ada pendapat dan kami kena terima. Tiada dendam, saya tidak ambil secara peribadi.”

Namun jelas Van Dijk tidak membiarkan komen itu berlalu begitu saja apabila sekali lagi menyindir Rooney.

“Lucu, kan? Tahun lalu masa semuanya berjalan lancar, kami dianggap pemimpin. Tetapi bila prestasi menurun beberapa minggu kebelakangan ini, kami dikatakan gagal jalankan tugas,” katanya.

“Itulah kehidupan kami sebagai pemain. Kami rasa tanggungjawab itu dan tetap mahu memimpin dengan memberi contoh terbaik.” – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here