Home Hiburan PENGURUS NANA TEPIS GOSIP MEREKA SUDAH BERKAHWIN

PENGURUS NANA TEPIS GOSIP MEREKA SUDAH BERKAHWIN

234
0

KUALA LUMPUR: Pengurus penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 41, dikenali Anas Osman tetap menepis dakwaan mengaitkan dirinya apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan ibu tunggal itu.

Memetik laporan Harian Metro, Anas berkata, mereka hanya rakan sekerja sahaja, tambahan pula dia sudah menguruskan Nana sejak Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada 2015.

“Kami tidak ada hubungan istimewa dan bercinta pun. Hanya sebagai pengurus dan penyanyi dijaga sahaja. Sudah banyak kali saya beri penjelasan termasuk Nana juga, tapi ada yang masih tidak percaya.

“Ada juga gosip mengatakan kami sudah berkahwin dan berstatus suami isteri. Sebenarnya tidak ada kahwin, kahwin pun. Buat apa nak sorok, kalau betul kahwin.

“Saya sebenarnya tak layan benda-benda (gosip) macam ini, tapi ada kalanya perlu bersuara juga. Tapi kenapalah tak percaya dan buat andaian sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Anas, dia bagaimanapun tidak pernah mengelak apabila asyik ditanya soalan sama mengenai hubungan istimewanya dengan penyanyi lagu Angkara itu.

“Saya cakap apa yang sebenarnya, tapi sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah. Apa yang saya tahu, saya profesional dalam bekerja sebagai pengurus dengan artis.

“Saya juga mohon hormati Nana kerana dia ada anak remaja, Mohd Rayyan Nakhaie, 17, yang pastinya kurang selesa apabila ibunya dikaitkan dengan gosip tidak benar,” katanya.

Katanya, selama ini dia menjadi pengurus Nana bagi mengendalikan urusan seperti mendapatkan kerjasama untuk persembahan nyanyian dan tawaran berlakon untuk penyanyi itu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here