Home Buletin Semasa LEBIH 1,000 SERTAI ‘KBMC CHARITY FUN WALK FOR AUTISM 2025’ SEMARAK SOKONGAN...

LEBIH 1,000 SERTAI ‘KBMC CHARITY FUN WALK FOR AUTISM 2025’ SEMARAK SOKONGAN TERHADAP KOMUNITI AUTISME

233
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lebih 1,000 peserta membanjiri perkarangan Kota Bharu Medical Centre (KBMC) seawal jam 7 pagi bagi menyertai program ‘KBMC Charity Fun Walk for Autism 2025’.  

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria dalam hantaran Facebook rasmi JBS Kelantan memaklumkan acara amal sejauh 5.5 kilometer bertujuan meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap komuniti autisme.

“Saya memberi sokongan penuh terhadap inisiatif kebajikan dan kesedaran sosial seperti ini, yang bukan sahaja menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, tetapi juga memperkukuh nilai perpaduan dan empati terhadap golongan istimewa,”katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti kanak-kanak, pameran serta promosi kesihatan. Peserta yang mendaftar menerima pakej penyertaan eksklusif merangkumi t-shirt rasmi, medal, nombor bib dan hidangan ringan.

Antara tarikan utama program ialah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta bertuah, sekali gus menambah kemeriahan suasana.

Penganjuran acara ini bukan sahaja berjaya mencipta suasana penuh ceria dan harmoni, malah memperkukuh sokongan masyarakat terhadap individu dengan autisme, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan penerimaan dan sokongan terhadap komuniti istimewa tersebut.

Program itu anjuran KBMC dengan kerjasama TM One dan Silhate.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here