Home Hiburan MUSA NUWAYRI DAKWA ARDELL DIANCAM KETIKA DITAHAN TENTERA ISRAEL

MUSA NUWAYRI DAKWA ARDELL DIANCAM KETIKA DITAHAN TENTERA ISRAEL

373
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana didakwa menerima ancaman daripada pihak berkuasa Israel ketika ditahan di Jabatan Memetik laporan Berita Harian, imigresen rejim itu baru-baru ini, termasuk membabitkan keselamatan ahli keluarganya di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu didedahkan rakan seperjuangan dalam misi kemanusiaan Global Solidarity for Palestine (GSF), Musa Nuwayri, yang turut berada bersamanya sepanjang insiden berkenaan.

Musa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Salam Malaysia mendakwa, ancaman itu bermula ketika Ardell disoal siasat berhubung latar belakang diri dan keluarga.

“Ardell ditanya sama ada dia mempunyai anak, dan dia menjawab tiada. Namun, pegawai itu membalas dengan mengatakan mereka tahu Ardell ada dua anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

“Individu berkenaan turut memberi amaran kononnya mereka mempunyai ramai ‘orang’ di Malaysia dan boleh menghantar sesiapa untuk mencari anak Ardell. Maksudnya, jaringan mereka memang wujud di sini,” katanya ditemui di sidang media program amal Malam Untukmu Gaza di sini, kelmarin.

Musa turut mendakwa, ketika proses soal siasat di Jabatan Imigresen Israel, beberapa anggota rejim itu mendakwa pernah datang ke Malaysia walaupun rakyat Israel diketahui tidak dibenarkan memasuki negara ini.

“Mereka mendakwa pernah datang ke Malaysia. Sebenarnya, tidak mustahil kerana ramai antara mereka memiliki dua kerakyatan dan menggunakan dua pasport. Jadi, tidak sukar untuk mereka menyusup masuk,” katanya.

Jelas Musa, segala ancaman dan maklumat diterima sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bagi tujuan keselamatan dan tindakan lanjut.

Tambah Musa, Ardell kini memerlukan sedikit masa untuk berehat dan pulih sepenuhnya sebelum kembali aktif dalam program perkongsian pengalaman bersama GSF.

“Tangan Ardell masih berbalut dengan anduh. Dia tidak mengalami kecederaan serius, cuma tisu bahu yang koyak memerlukan masa untuk sembuh.

“Dalam masa sama, dia juga sedang menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan akibat komplikasi kencing manis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Musa memaklumkan projek buku elektronik mengenai pengalaman misi kemanusiaan GSF sudah siap sepenuhnya dan akan dikongsi untuk bacaan umum dalam masa terdekat.

“E-book ini menceritakan detik kami dipintas, ditahan hingga ke saat dipenjarakan. Kami tidak letakkan harga. Sesiapa yang mahu bayar RM1 pun tidak mengapa,” katanya.

Musa juga dijadualkan menghadiri program ‘Malam Untukmu Gaza’ di Jengka, Pahang, lusa, yang berkonsep solidariti dan kesedaran awam bagi mengumpul dana membantu penduduk Gaza.

Antara pengisian program termasuk solat hajat, persembahan qasidah, ucapan aktivis kemanusiaan dan penyerahan sumbangan rasmi daripada Kedai Emas Sri Semantan kepada wakil pertubuhan Cinta Salam Malaysia. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here