Home Segmen Kesihatan LANGKAH CEGAH INFLUENZA

LANGKAH CEGAH INFLUENZA

470
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan penyebaran virus influenza yang semakin membimbangkan serta menyerang pelajar berasrama mahupun kanak-kanak.

Hal ini menimbulkan keresahan dan kerisauan terhadap ibu bapa terutama apabila mempunyai anak yang tinggal di asrama.

Susulan kes virus influenza semakin meningkat, banyak asrama sekolah sudah ditutup dan mereka perlu menjalani pembelajaran dalam talian.

Tahukah anda, Influenza adalah jangkitan virus yang berlaku pada saluran pernafasan iaitu hidung, tekak dan paru-paru sehingga menyebabkan demam, selesema dan batuk?

Justeru itu, setiap individu terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung, pesakit kronik serta pesakit imun lemah perlu mengetahui dan mengamalkan langkah pencegahan penularan influenza agar tidak dijangkiti.

  1. Kanak-kanak – sistem imun kanak-kanak belum cukup matang dan kuat bagi melawan jangkitan ini berbanding orang dewasa, maka golongan ini adalah lebih mudah mendapat demam ini.
  2. Wanita mengandung – ketika hamil, imun sistem wanita akan menjadi sedikit lemah dan sekiranya berlaku wabak ini, maka mereka berisiko untuk dijangkiti.
  3. Warga emas – kekuatan sistem imun bagi warga emas juga menurun dan hal ini bertambah parah apabila ditambah dengan penyakit-penyakit yang dialami kebanyakkan oleh golongan ini.
  4. Pesakit-pesakit kronik – antara penyakit-penyakit kronik seperti COPD, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang sering menyebabkan golongan ini mudah dijangkiti virus ini.
  5. Pesakit imun lemah – terdapat beberapa golongan pesakit yang terdedah untuk mengalami sistem imun lemah seperti pesakit kanser, pesakit yang memerlukan ubat anti-imun dan steroid ataupun penerima organ.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, individu yang bergejala perlu mengikut langkah pencegahan ini:

  1. Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai.
  2. Menutup mulut dengan tisu atau tuala apabila batuk dan bersin.
  3. Elakkan berkongsi barangan peralatan peribadi.
  4. Membasuh tangan dengan sabun dan air selepas makan, ke tandas ataupun menyentuh permukaan yang disentuh pesakit.
  5. Segera berjumpa doktor sekiranya mempunya gejala demam, batuk dan selsema dan sakit tekak.

Bagaimanapun, virus influenza ini tidak boleh dipandang remeh kerana ada bahayanya dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk mengamalkan langkah pencegahan untuk diri masing-masing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here