Home Luar Negara TIGA DIPLOMAT QATAR MAUT KEMALANGAN DI MESIR

TIGA DIPLOMAT QATAR MAUT KEMALANGAN DI MESIR

356
0

ISTANBUL: Tiga diplomat Qatar maut dalam satu kemalangan kereta di bandar Sharm El-Sheikh, Mesir di Laut Merah, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan pada Ahad.

Memetik laporan Anadolu menerusi Harian Metro, dua lagi diplomat cedera dalam nahas itu apabila kereta delegasi Qatar berkenaan kemalangan ketika melalui jalan utama di Sinai Selatan.

Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kemalangan di jalan raya antara Sharm El-Sheikh dan Taba.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke rumah mayat di Hospital Antarabangsa Sharm El-Sheikh, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sama.

Sharm El-Sheikh akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak damai antarabangsa pada Isnin, yang akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan kehadiran lebih 20 negara.

“Sidang kemuncak itu bermatlamat untuk “menamatkan perang di Semenanjung Gaza, mempertingkat usaha membawa keamanan dan kestabilan ke Timur Tengah dan memulakan fasa baharu keselamatan serta kestabilan serantau,” menurut satu kenyataan presiden Mesir. – BERNAMA- ANADOLU, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here