Oleh: Afrizam Arif@Medikel TV
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam berkenan berangkat ke majlis perarakan kereta berhias sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-56 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Baginda berangkat bersama Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah disambut meriah sebaik tiba di stadium berkenaan pada 9.30 malam, semalam.
Majlis berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan tradisional Kelantan, perarakan kereta dan beca berhias secara bertanding, persembahan Tim Akrobatik Army Red Warriors, perarakan gajah dan berkuda, berakhir dengan bunga api.

Lebih 50,000 rakyat Kelantan hadir dari pelbagai daerah bagi meraikan majlis penuh istiadat itu.
Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
IMedikel TV






