Home Hiburan SHEILA DARA ULANG-ALIK KE PULAU PINANG, SUAMI JALANI RAWATAN KANSER

SHEILA DARA ULANG-ALIK KE PULAU PINANG, SUAMI JALANI RAWATAN KANSER

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Sheila Dara, 33, takkan lelah menemani suaminya Vidi Aldiano berulang-alik dari Jakarta ke Pulau Pinang bagi tujuan menjalani rawatan sakit kanser.

Memetik laporan Harian Metro, Sheila atau nama sebenarnya Sheila Dara Aisha berkata proses berulang-alik itu sudah berlangsung sejak beberapa bulan dan berkongsi keadaan Vidi baik-baik saja buat masa sekarang.

“Suami saya menjalani rawatan di Pulau Pinang sejak beberapa bulan lalu. Sebulan sekali kami akan ke sana untuk menjalani rawatan kemoterapi.

“Alhamdulillah keadaan dia baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui pada sesi Meet & Greet bersama pelakon filem Sore, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Sheila mengambil pendekatan untuk tidak mahu berkongsi secara lanjut butiran penyakit dan tahap kanser dihidapi suaminya.

Media Indonesia pernah melaporkan Vidi disahkan menghidap barah buah pinggang tahap tiga sejak 2019 dan pernah menjalani pembedahan membuang sebelah buah pinggang pada 2021.

Sheila berkongsi rasa teruja kerana kunjungan ke bandaraya ini memberi peluang bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Sore: Isteri Dari Masa Depan.

“Saya harap filem ini diterima baik penonton Malaysia. Syukur, daripada tayangan istimewa yang diadakan semalam, ramai memberikan komen positif,” katanya.

Filem Sore yang turut menampilkan pelakon lelaki terkenal, Dion Wiyoko, menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai Jumaat ini. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here