Home Luar Negara ‘FAJAR KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN PASTI AKAN TIBA’ – MAHMUD ABBAS

‘FAJAR KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN PASTI AKAN TIBA’ – MAHMUD ABBAS

NEW YORK: Presiden Palestin, Mahmud Abbas menggesa Hamas menyerahkan senjatanya kepada pihak berkuasa Palestin dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penyelesaian dua negara, semalam.

Beliau turut mengutuk serangan dan penahanan orang awam Israel.

“Hamas tidak akan mempunyai peranan dalam mentadbir (Gaza). Hamas dan puak lain mesti menyerahkan senjata mereka kepada Pihak Berkuasa Palestin.

“Kami juga mengutuk pembunuhan dan penahanan orang awam, termasuk tindakan Hamas pada 7 Oktober 2023,” katanya menerusi pautan video, setelah dinafikan visa untuk memasuki Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri sidang kemuncak itu.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan ayat ditujukan kepada rakyat Israel, mengisytiharkan bahawa “masa depan kami dan anda bergantung kepada keamanan.”

“Dan kepada rakyat Palestin yang sabar, saya katakan bahawa fajar kebebasan dan kemerdekaan pasti akan tiba,” tambahnya.

Penafian visa oleh pentadbiran Donald Trump terhadap Abbas dan delegasinya mencetuskan kontroversi dan mendapat teguran Perhimpunan Agung PBB, yang kemudiannya mengundi 145 berbanding lima untuk membenarkan pemimpin itu berucap melalui pautan video.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 145 daripada 193 negara anggota PBB kini mengiktiraf negara Palestin, termasuk United Kingdom (UK), Australia, Kanada dan Portugal.

Perancis antara terkini mengumumkan secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, semalam, mengatakan sudah tiba masa untuk menghentikan peperangan, pengeboman di Gaza, pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran rakyat.

“Tiada apa yang boleh membenarkan perang yang berterusan di Gaza,” kata Presidennya Emmanuel Macron. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here