Home Segmen Kesihatan RABIES: PENYAKIT ZOONOTIK YANG BERBAHAYA, BAWA MAUT

RABIES: PENYAKIT ZOONOTIK YANG BERBAHAYA, BAWA MAUT

388
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Rabies atau lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus rabies.

Ia menyerang sistem saraf pusat manusia dan haiwan, serta hampir selalu membawa maut sekiranya gejala muncul dan rawatan segera tidak diberikan.

Menurut perkongsian portal hellodoktor, jangka masa dari dijangkiti virus sehingga simptom pertama berlaku sekitar 35 hingga 65 hari.

Simptom pertama yang berlaku mungkin sama seperti flu. Tanda dan simptom lain termasuklah:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mual
  • Muntah
  • Hilang selera makan

Tanda-tanda lain termasuklah sakit atau kebas di kawasan gigitan, selama 3-4 hari pertama.

Sejurus selepas simptom sistem saraf berlaku, seperti menjadi gelisah dan resah, hiperaktiv yang keterlaluan, berkelakuan aneh dan waktu tenang.

Halusinasi, kekejangan otot, dan lumpuh boleh juga berlaku. Takut akan air (hidrofobia) berlaku di peringkat ini.

Malangnya, jika rabies tidak dirawat sejurus selepas terdedah, ia sering mengakibatkan koma, konvulsi dan maut. Hal ini biasanya berlaku pada hari keempat hingga hari ketujuh selepas bermulanya simptom.

Segera mendapatkan rawatan jika anda digigit oleh mana-mana haiwan, walau haiwan peliharaan sekalipun.

Berdasarkan kecederaan yang anda alami dan situasi di mana gigitan tersebut berlaku, anda dan doktor anda boleh menentukan sama ada anda perlu menerima rawatan pencegahan rabis ataupun tidak.

Meskipun anda tidak pasti sama ada digigit atau tidak, sila dapatkan nasihat perubatan.

Rabies berpunca daripada virus bernama rhinovirus di dalam air liur haiwan yang dijangkiti virus ini.

Haiwan yang dijangkiti ini boleh menyebarkan virus ini dengan menggigit haiwan yang lain ataupun manusia.

Terdapat kes terpencil di mana virus ini boleh tersebar apabila air liur yang dijangkiti terkena bukaan luka atau lapisan mukosa seperti mulut dan mata.

Hal ini boleh berlaku jika haiwan yang dijangkiti menjilat bukaan luka pada kulit anda.

Rabies bukan sahaja disebabkan oleh gigitan atau cakaran anjing malah kucing juga berisiko penyebab rabies.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here