Home Hiburan ABBY ABADI DIKEJARKAN KE HOSPITAL AKIBAT INFLUENZA

ABBY ABADI DIKEJARKAN KE HOSPITAL AKIBAT INFLUENZA

349
0

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dimasukkan ke hospital lepas selesai menjayakan konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada malam Sabtu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akibat demam panas dan disahkan menghidap virus influenza.

Memetik laporan Harian Metro, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, menerusi Instagramnya berkata, kesihatannya mula terganggu semasa sesi rehearsal sebelum konsert apabila menghidap demam.

Menurutnya, biarpun berada dalam keadaan tidak sihat, dia tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.

“Selepas balik daripada sesi latihan, terus rasa tidak sedap badan tapi belum teruk lagi. Esoknya, pagi sebelum konsert, ada latihan lagi masa itu dah rasa lain dah badan ni.

“Saya tetap kuatkan semangat. Saya tetap menjayakan konsert ni walaupun ketika itu saya sudah sakit tekak dan selesema,” katanya.

Abby berkata, suhu badannya ketika itu mencatat bacaan 40 darjah celsius.

“Lemah rasa badan, itu yang hilang fokus. Saya minta maaf kepada semua yang terlibat terutamanya anggota Elite, X Factor dan yang datang menyaksikan konsert Elite,” katanya.

Biarpun demam Abby tetap profesional menjayakan konsert yang penuh meriah itu tanpa sebarang masalah.

Perkongsiannya itu meraih perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikutnya dengan rata-rata mereka mendoakan agar Abby segera diberikan kesembuhan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here