Home Hiburan SALAM PANTAI TIMUR TOUR 2025: MUZIK ANAK MUDA PANTAI TIMUR MENGGEGARKAN IPOH

SALAM PANTAI TIMUR TOUR 2025: MUZIK ANAK MUDA PANTAI TIMUR MENGGEGARKAN IPOH

478
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

IPOH: Untuk menyerlahkan bakat anak muda Pantai Timur dalam industri muzik tanah air, Salam Pantai Timur Tour 2025 kini melangkah ke Ipoh dengan persembahan hebat di Insider Satellite, menampilkan gabungan tenaga muzik segar dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Acara ini dianjurkan oleh Generasi Prima Resources, dengan sokongan penuh daripada MyCreative Ventures, Kementerian Komunikasi, dan Pawerkord Merch, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru dari ketiga-tiga negeri tersebut dan membawa muzik mereka ke pentas yang lebih besar.

Hentian Ipoh menjadi tumpuan utama penggemar muzik alternatif, yang disajikan dengan persembahan daripada beberapa band yang sedang melonjak naik. Antara barisan band yang menggegar pentas di Insider Satellite adalah:

  • Parkingsong (Machang, Kelantan) – Membawa aliran muzik alternatif dengan lirik yang penuh pengertian dan kedalaman.
  • Secret Identity (Jerantut, Pahang) – Menyuntik elemen post-punk dengan atmosfer misteri yang memikat pendengar.
  • Pokpang (Tanah Merah, Kelantan) – Menghidupkan kembali semangat pop-punk dengan gaya yang segar dan moden.
  • We Are Becoming Ghosts (Besut, Terengganu) – Menampilkan sound 90-an yang diselubungi dengan keindahan post-rock.
  • Beyond The Districts (Kota Bharu, Kelantan) – Mengolah muzik alternatif dengan sedikit sentuhan hardcore yang menggegarkan.
  • Dead Mushroom (Kuala Lumpur) – Tetamu istimewa dari ibu kota yang memukau dengan irama psychedelic rock yang mendalam.

Selepas Ipoh, tour ini akan singgah di Melaka pada 4 Oktober di Mugo X Masterpiece, dan berakhir di Shah Alam pada 25 Oktober di RCDBIG Studio. Barisan band-band menarik yang turut serta di lokasi-lokasi berikut adalah:

  • The Tunelari (Kuala Terengganu)
  • Dissonance dan The Puberties (Kota Bharu)
  • Pokpang (Tanah Merah)
  • Finks (Kuantan)
  • Eccentric (Melaka, tetamu istimewa)

Di Shah Alam, para pengunjung akan disajikan dengan persembahan daripada band-band istimewa seperti:

  • No Good (Kelantanese hardcore punk)
  • Wargaswara (Kelantanese hip hop)
  • Pokpang (Kelantanese pop-punk)
  • Monotones (Tanah Merah)
  • Awang Samrow (Terengganu neo-psychedelic rock)

Jangan lepaskan juga penampilan istimewa daripada Sekumpulan Orang Gila dan Naratu yang pastinya akan mencuri tumpuan.

Lebih daripada sekadar konsert, Salam Pantai Timur Tour 2025 adalah misi untuk mengangkat suara generasi muda dari Pantai Timur, membuktikan bahawa muzik bebas dari luar bandar juga mampu menggoncang pentas muzik tanah air.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here