Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan 100liter minyak petrol bernilai lebih RM200 selepas menahan sebuah kenderaan di Jalan Kampung Jubakar, di sini, pada Selasa.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, minyak petrol berkenaan dipercayai akan dihantar ke negara jiran, Thailand.
“Hasil pemeriksaan awal pada jam 8.30 pagi mendapati minyak petrol tersebut disimpan di dalam tangki kenderaan yang telah diubah suai.
“Dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi penghantar turut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
IMedikel TV






