Home Hiburan ANUGERAH SRI WIRAMA DITUJUKAN BUAT PASUKAN BELAKANG TABIR, PEMINAT – SITI NURHALIZA

ANUGERAH SRI WIRAMA DITUJUKAN BUAT PASUKAN BELAKANG TABIR, PEMINAT – SITI NURHALIZA

354
0

GENTING HIGHLAND: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Sri Wirama di acara Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24), yang berlangsung malam tadi.

Siti, 46, ketika ditemui berkata, itu adalah anugerah terbesar sepanjang lebih 30 tahun usia karier seninya berlangsung.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, malam ini saya berdiri di sini menerima Anugerah Sri Wirama, satu penghormatan yang sangat besar dalam perjalanan seni saya.

“Jutaan terima kasih kepada AIM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas pengiktirafan ini.

“Anugerah ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk semua insan seni yang bersama-sama membina perjalanan saya selama lebih 30 tahun dalam industri,” katanya.

Siti turut merakamkan penghargaan kepada suami serta keluarga, pihak pengurusan, rakan seperjuangan, pencipta lagu, penulis lagu, penerbit, rakan media, penyokong serta semua yang menjadi tulang belakang kepada kerjayanya,

“Tidak lupa juga kepada peminat yang saya kasihi Sitizoners, yang setia memberi sokongan dan kasih sayang tanpa henti,” katanya.

Penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu turut berkongsi kata semangat kepada pelapis dalam industri muzik tanah air.

“Bagi saya, anugerah ini sebuah tanggungjawab untuk terus berkarya, mengangkat martabat muzik tanah air, serta memberi inspirasi kepada generasi baru.

“Kepada adik-adik artis muda, percayalah bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Apa yang perlu adalah usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, dan keikhlasan dalam berkarya.

“Jangan pernah takut untuk bermimpi besar, kerana mimpi itulah yang akan menjadi api dalam perjuangan kita,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here