Home Hiburan FENOMENA ‘FATTMIRA’, LAMARAN PERKAHWINAN DITAYANGKAN DI LAYAR ‘BILLBOARD’ KL SENTRAL

FENOMENA ‘FATTMIRA’, LAMARAN PERKAHWINAN DITAYANGKAN DI LAYAR ‘BILLBOARD’ KL SENTRAL

179
0

KUALA LUMPUR: Berbaki beberapa hari sahaja lagi akan bersatu sebagai suami isteri, publisiti acara perkahwinan bakal pengantin popular, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, kini ditayangkan di layar ‘billboard’ di KL Sentral.

Malah, Fattah dan Amira sudah meluangkan masa mereka menonton video di billboard itu. Mereka kelihatan sangat gembira, ceria dan bahagia walaupun masih sibuk dengan persiapan untuk majlis pernikahan, Ahad ini.

Memetik laporan Berita Harian, perjalanan majlis pernikahan pasangan selebriti dinamakan Setulus Takdir : Fattah Amira akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV, Ahad ini, mulai jam 9 malam.

Majlis terindah Fattah dan Amira dalam mengikat tanda cinta mereka menjadi sah di sisi agama itu boleh disaksikan seluruh Malaysia secara percuma dengan mengaktifkan aplikasi saluran itu.

Tidak hanya itu, sejak semalam juga tular di media sosial dan For You Page (FYP) video daripada netizen mengenai kenyataan dibuat Fattah iaitu ‘dari rakan sekerja kepada rakan serumah’.

Rata-rata netizen yang juga pengikut Fattah dan Amira turut memuatkan semula jolokan ‘FattMira’ buat pasangan selebriti popular dan kesayangan ramai itu.

Terdahulu, hubungan mesra antara Fattah dan Amira mula jadi perhatian ramai selepas mereka bekerjasama dalam muzik video lagu Bila Nak Kahwin nyanyian Amira.

Bagaimanapun, ketika itu, Amira menyifatkan ia sebagai gimik untuk muzik video lagunya itu walaupun hubungan yang baru terjalin itu direstui peminat dengan maklum balas positif.

Kemudian, kedua-duanya didapati kerap muncul bersama dalam video siaran langsung menjual produk di TikTok yang menarik perhatian ramai untuk mengikutinya, termasuk dipilih menjadi duta produk berjenama.

Namun, mereka tetap selesa menggunakan hubungan baik dan rapat dijalin sebagai ‘teman sekerja’ walaupun ke mana-mana sering muncul bersama menggayakan warna sedondon.

Selepas hampir 10 bulan berkenalan sejak hujung tahun lalu, semalam Fattah tampil memberi kejutan kepada Amira dengan pengumuman mereka akan bernikah, Ahad ini, juga bersamaan dengan tarikh hari jadi Fattah ke-35.

Sebelum itu, Amira dan adiknya, penyanyi Irfan Haris muncul pada majlis pelancaran video muzik rasmi lagu duet terbaharu mereka, Rasa & Takdir. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here