Home Buletin Semasa 35 KEMATIAN AKIBAT PENYAKIT TB DI KELANTAN

35 KEMATIAN AKIBAT PENYAKIT TB DI KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 35 kematian akibat Tuberkulosis (TB) direkodkan di Kelantan sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dalam tempoh sama, 636 kes TB dilaporkan dengan Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 178 kes, diikuti 80 kes di Pasir Mas dan 75 kes di Tumpat.

Memetik RTM, sehingga Julai lalu, 14 wabak TB dikesan di tujuh daerah dengan majoritinya membabitkan isi rumah.

“Kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit indeks.

“Golongan berisiko termasuk warga emas berusia 65 tahun ke atas, indicidu yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, perokok,”katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagi membendung penularan, JKNK giat melaksanakan promosi kesedaran, pemeriksaan awal kepada individu bergejala batuk berpanjangan serta saringan berteknologi moden untuk golongan berisiko.

Tambah beliau, pemantauan rawatan turut diperkukuh agar pesakit mematuhi terapi sepenuhnya selain memperkasakan kapasiti petugas kesihatan.

Untuk rekod, pada tahun 2024, Kelantan merekodkan 1,049 kes TB dengan 99 kematian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here