Home Buletin Semasa JBPM KELANTAN KENAL PASTI TITIK PANAS KEPALA AIR DI KELANTAN

JBPM KELANTAN KENAL PASTI TITIK PANAS KEPALA AIR DI KELANTAN

457
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Beberapa lokasi dikenal pasti sebagai titik panas berisiko kepala air di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan, berkata titik panas itu dikesan termasuk di daerah Jeli dan Kuala Krai.

Menurut beliau selain risiko kepala air, kawasan pantai turut mencatatkaan kejadian lemas hampir setiap tahun terutamanya di Bachok.

“Untuk di Kelantan ada beberapa titik panas kepala air kebarangkalian boleh berlaku kawasan di daerah Jeli dan Kuala Krai.

“Selain kepala air kemungkinan boleh berlaku di kawasan pantai terutama Bachok dan kawasan lain.

“Kawasan Bachok memang setiap tahun berlaku (lemas), jadi disebabkan itu kita tubuhkan Pasukan Bomba Bantuan bagi memantau kawasan tersebut terutamanya aktiviti riadah membabitkan orang awam dan nelayan,”katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti riadah, khususnya di kawasan berisiko tinggi kejadian kepala air dan lemas khususnya pada musim cuti persekolahan bermula Khamis ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menghalang sebarang aktiviti riadah, namun aspek kesiapsiagaan dan kepekaan terhadap keadaan sekeliling perlu dititikberatkan.

“Kita tidak menghalang masyarakat untuk beriadah, tetapi kesiapsiagaan itu kena ada. JBPM juga akan berkongsi lokasi-lokasi berisiko yang dikenal pasti, dan sebaiknya orang ramai elakkan daripada mengunjungi kawasan tersebut.

“Sekiranya tetap memilih untuk beriadah di kawasan berkenaan, orang ramai perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here