Home Luar Negara TRUMP BERI AMARAN TERAKHIR KEPADA HAMAS

TRUMP BERI AMARAN TERAKHIR KEPADA HAMAS

WASHINGTON: Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro Presiden Amerika Syarikat (AS). Donald Trump, mengeluarkan amaran terakhir kepada Hamas untuk menerima perjanjian membebaskan tebusan di Gaza.

“Pihak Israel sudah menerima syarat saya. Kini masanya Hamas juga menerima. Saya sudah memberi amaran kepada Hamas mengenai akibatnya jika mereka enggan menerima.

“Ini adalah amaran terakhir saya, lepas ini tiada kompromi,” tegas Trump di laman media sosial, Truth Social tanpa mengulas lanjut.

Hamas dalam kenyataan terbaharu memaklumkan pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada AS melalui perantara bagi mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan itu menyatakan mereka sedang berbincang dengan perantara mengenai cara untuk mengembangkan cadangan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Hamas turut mengulangi kesediaannya untuk berunding bagi pembebasan semua tebusan sebagai pertukaran kepada ‘pengumuman yang jelas mengenai penamatan perang’ dan pengunduran sepenuhnya pasukan tentera Israel dari wilayah itu.

“Saya rasa kita akan mencapai satu perjanjian mengenai Gaza dalam masa terdekat,” kata Trump kepada wartawan semasa dalam perjalanan pulang ke Washington dari New York, tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Katanya, beliau percaya semua tebusan akan dikembalikan, sama ada yang hidup atau sudah meninggal dunia.

Pada Sabtu, Saluran Berita N12 Israel melaporkan bahawa Trump sudah mengemukakan satu cadangan baharu untuk gencatan senjata kepada Hamas.

Menurut N12, di bawah cadangan itu, Hamas akan membebaskan kesemua 48 tebusan yang masih ditahan pada hari pertama gencatan senjata, sebagai pertukaran kepada ribuan tahanan Palestin yang dipenjarakan di Israel, serta akan berunding untuk menamatkan perang semasa tempoh gencatan senjata di wilayah itu.

Seorang pegawai Israel berkata bahawa Israel sedang ‘mempertimbangkan dengan serius’ cadangan Trump itu, namun tidak mengulas lanjut mengenai butiran cadangan itu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here